Saturday 15 February 2014

Salam Pengenalan

Selamat Datang 

Dengan lafaz Bismillah hirrahman nirrahim, Syukur Alhamdullilah pada 19 Januari 2014 bersamaan 17 Rabiul Awal 1435H Blog Surau Darul Hidayah, Jalan Nuri Seksyen 7/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor ini  telah berjaya dibangunkan dan diwujudkan atas kesedaran kehambaan membuat bakti kepada Allah s.w.t bagi kemudahan kepada semua ahli kariah untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangan segala aktiviti semasa Surau Darul Hidayah. 


Sesungguhnya dalam era dunia tanpa sempadan tidak dapat dinafikan bahawa blog merupakan satu media alternatif yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada para pengunjung, menggunakan saluran internet sebagai medium untuk menyampai dan mendapatkan maklumat atau berita terkini berkaitan dengan aktiviti-aktiviti murni.

Saya amat berharap agar semua rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung akan mengambil peluang ini untuk berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dan sebagainya bagi membantu mempertingkat dan memantapkan lagi Blog Surau Darul Hidayah.

Diharap Blog Surau Darul Hidayah ini dapat membantu dalam meningkatkan lagi jalinan yang erat di antara  rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung tanpa mengira status untuk menyertainya.

Kepada mereka ingin menyumbang sebarang idea, pendapat,cadangan dan pandangan membina untuk kemajuan Surau Darul Hidayah bolehlah kemukakan di email suraudhidayah@gmail.com. Lain-lain hal mengenai Surau Darul Hidayah saudara/saudari boleh berhubung terus dengan Ahli Jawatankuasa Surau Darul Hidayah yang telah di amanahkan.

Sekian, terima kasih.

Pentadbir Blog Surau Darul Hidayah

Friday 14 February 2014

Sekapur Sirih daripada Pengerusi Surau Darul Hidayah

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Allah SWT, Tuhan yang Maha Penguasa ke atas diri setiap yang ada di alam ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang di utus oleh Allah untuk membawa rahmatNya keseluruh alam.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Lujnah IT Surau Darul Hidayah terutamanya  En. Raof, En. Nasir dan En. Zul Shaari serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Blog Surau Darul Hidayah ini.

Idea untuk mengadakan blog surau ini telah lama di cetuskan oleh Arwah Pengerusi yang sebelum ini,iaitu Almarhum Hj. Zainuddin lagi ( Semoga roh beliau di dalam Rahmat Allah - Amin ).

Selaku Pengerusi yang baru dilantik,saya ingin mengalu-alukan segala sumbangan idea-idea dan juga apa-apa sahaja perkara yang membawa kebaikan dalam mencari keredhaan Ilahi semata.

Sebagai pembuka bicara,saya berserta saf kepimpinan Surau Darul Hidayah mengharapkan dengan adanya blog surau kita ini akan lebih memudahkan serta melancarkan lagi sistem pegurusan serta penyebaran maklumat semasa setiap aktiviti yang dijalankan.Dalam dunia globanisasi ini IT terutamanya blog adalah memainkan peranan penting juga kepada Institusi Surau, maka peluang ini kita hendaklah menyertainya supaya Islam itu sesuai sepanjang zaman dan keadaan.

Dalam penghidupan yang singkat di mukabumi ini seharusnya kita menanam bekalan yang berterusan sebagai saham Akhirat tempat kekal abadi kita nanti. Seperti mana Maksud  Firman Allah dalam Surah Al-Asr." Demi masa, sesungguhnya semua manusia berada didalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran".

Begitu juga sebagai Ummat Nabi Akhir Zaman Muhammad S.A.W, maka kita hendaklah menjadi penyambung fikir risau Nabi S.A.W supaya bagaimana bayi yang terakhir sebelum Kiamat dapat beriman kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka pesanan Nabi kita hendaklah kita amalkan iaitu sepertimana maksud

Hadis Nabi S.A.W: " Sampaikanlah dariKu walaupun sepotong ayat..."


Dari itu maka kita semua telah menjadi penerus risalah Nabi S.A.W tidak kira apa sahaja profesion kita didunia ini.Dalam kata lain kita semua adalah pendakwah kebenaran.

Kesimpulannya adalah semoga apa sahaja amal soleh yang kita lakukan, mengharap akan keredhaan Allah jua hendakNya.Amin.

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh.
Coretan Dari,

Suhaimi Bin Talib
(Pengerusi SDH)