Saturday 15 February 2014

Salam Pengenalan

Selamat Datang 

Dengan lafaz Bismillah hirrahman nirrahim, Syukur Alhamdullilah pada 19 Januari 2014 bersamaan 17 Rabiul Awal 1435H Blog Surau Darul Hidayah, Jalan Nuri Seksyen 7/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor ini  telah berjaya dibangunkan dan diwujudkan atas kesedaran kehambaan membuat bakti kepada Allah s.w.t bagi kemudahan kepada semua ahli kariah untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangan segala aktiviti semasa Surau Darul Hidayah. 


Sesungguhnya dalam era dunia tanpa sempadan tidak dapat dinafikan bahawa blog merupakan satu media alternatif yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada para pengunjung, menggunakan saluran internet sebagai medium untuk menyampai dan mendapatkan maklumat atau berita terkini berkaitan dengan aktiviti-aktiviti murni.

Saya amat berharap agar semua rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung akan mengambil peluang ini untuk berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dan sebagainya bagi membantu mempertingkat dan memantapkan lagi Blog Surau Darul Hidayah.

Diharap Blog Surau Darul Hidayah ini dapat membantu dalam meningkatkan lagi jalinan yang erat di antara  rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung tanpa mengira status untuk menyertainya.

Kepada mereka ingin menyumbang sebarang idea, pendapat,cadangan dan pandangan membina untuk kemajuan Surau Darul Hidayah bolehlah kemukakan di email suraudhidayah@gmail.com. Lain-lain hal mengenai Surau Darul Hidayah saudara/saudari boleh berhubung terus dengan Ahli Jawatankuasa Surau Darul Hidayah yang telah di amanahkan.

Sekian, terima kasih.

Pentadbir Blog Surau Darul Hidayah